KONVENSYEN AKAUNTAN NASIONAL 4.0

By admin

9 October 2025

KONVENSYEN AKAUNTAN NASIONAL 4.0

Assalamualaikum wbt.

YBhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Prof. / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya, Persatuan Firma-firma Akauntan Bertauliah Melayu Malaysia (AMCAF) dengan kerjasama Institut Syariah Audit Malaysia (ISAM) berbesar hati menjemput YBhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Prof. / Tuan / Puan ke Konvensyen Akauntan Nasional 4.0 (KAN 4.0) yang bertemakan:

“Memperkasakan Akauntan: Teknologi AI, Tanggungjawab Profesional dan ESG”

Konvensyen ini bertujuan memperkukuhkan peranan profesion akauntan dalam menghadapi cabaran era digital, memperkenalkan pendekatan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), serta meningkatkan pematuhan terhadap tanggungjawab profesional yang semakin kompleks. Para peserta akan diberikan pendedahan kepada pelbagai perspektif strategik, penyelesaian inovatif serta peluang rangkaian yang luas bagi memperkukuh daya saing dan memperluaskan potensi perniagaan.

Manfaat Penyertaan KAN 4.0:

  • Memahami dan mengaplikasikan prinsip ESG dalam sektor perakaunan dan perniagaan.

  • Menguasai teknologi terkini termasuk AI, Cloud, dan E-Invoicing untuk mempertingkatkan kecekapan operasi.

  • Mengupas isu-isu utama seperti Audit Exemption, Akta Akauntan, Pelaporan Kewangan Mampan dan Syariah Audit/Halal.

  • Membangunkan jaringan profesional dengan tokoh industri, regulator, akademia dan inovator teknologi.

Atucara

Masa Acara
8.00 pagi
Pendaftaran Peserta
8.30 pagi
Peserta mengambil tempat
8.45 pagi
Ketibaan tetamu kehormat (masuk ke dewan)
8.50 pagi
Doa Pembukaan
9.00 pagi
Ucapan Alu-aluan Presiden AMCAF
9.15 -9.30 pagi
Ucapan dan perasmian oleh YAB DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF, Timbalan Perdana Menteri Malaysia & Menteri Peralihan Tenaga
dan Transformasi Air (tertakluk kepada perubahan )
9.30- 9.40 pagi
Penyampaian cenderamata oleh:
● Penyampai : Pengerusi AMCAF & ISAM
● Diiringi : Timbalan Pengerusi AMCAF
Sesi Bergambar (semua)
9.40 – 10.00 pagi
Sidang Media (VVIP shj) & Jamuan Pagi (Semua)
10.00 – 11.00 pagi
Slot 1: Menghadapi Pengecualian Audit – Strategi Untuk Terus Relevan
11.00 – 12.00 tengah hari
Slot 2: Akta Akauntan – Memperkasa Profesion,
Membentuk Masa Depan
12.00 – 12.30 tengah hari
Majlis Anugerah ICON Akauntan
  • Ucapan ringkas
  • Penyampaian trofi dan sijil
  • Sesi bergambar rasmi
12.30 – 1.45 petang
Makan Tengah hari | Rehat | Solat
1.45 – 2.45 petang
Slot 3: Masa Depan Profesion Akauntan dalam Era Kecerdasan
Buatan (AI)
2.45 – 3.45 petang
Slot 4: Amalan ESG – Cabaran Peraturan, Risiko dan Pelaporan
3.45 – 4.45 petang
Slot 5: Audit Syariah dan Pematuhan Halal
4.45 – 5.15 petang
Slot 6: Pelancaran Koperasi Firma Akauntan Bertauliah Melayu (KAMCAF) Berhad
  • Ucapan pengerusi KAMCAF
  • Pelancaran dan mainkan Teaser KOPERASI (tertakluk pengesahan)
  • Sesi bergambar semua Ahli Jawatankuasa Koperasi
5.15 – 5.30 petang
  • Sesi Jaringan
  • Minum Petang
  • Sesi Bergambar (Bebas) | Bersurai

Yuran Penyertaan KAN 4.0

  • Ahli AMCAF: RM550 / pax
  • Bukan Ahli:
      • RM750 / pax (individu)
      • RM650 / pax (untuk 2 pax dan ke atas)
  • Pelajar (Sarjana / PhD): RM250 / pax

Pendaftaran beserta bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya pada Jumaat, 7.11.2025 jam 3.00 petang. Bayaran hendaklah dibuat kepada:

  • Nama: Persatuan Firma-firma Akauntan Bertauliah Melayu Malaysia
  • Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
  • No. Akaun: 1211 3010 0084 00
  • Rujukan Dalam Talian: “NAMA FIRMA / NAMA UNIVERSITI” 20/11/2025 KAN4.0

Sila lampirkan bukti pembayaran di dalam borang pendaftaran atas talian (mengikut format yang ditetapkan). Pendaftaran adalah berdasarkan prinsip first come, first served. Pihak AMCAF berhak menghubungi firma / individu / pelajar untuk pengesahan lanjut sekiranya perlu.

 

Register Form

KAN Registration Form

RM550.00

RM250.00

RM750.00

Join a Professional Community That Grows Together

Connect, collaborate, and thrive with like-minded professionals in a supportive environment, where shared growth, knowledge, and success are at the heart of everything we do.

Scroll to Top